Thursday, 8 December 2011

Sistem Bunyi Bahasa Melayu

Bahasa Melayu mempunyai sistem bunyi yang tersendiri dan untuk menguasai kemahiran bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik dan berkesan, seseorang pengguna bahasa perlulah mempunyai pengetahuan yang mendalam tentangnya.
Kajian bunyi lazimnya terbahagi kepada dua bidang, iaitu fonetik dan fonologi. Fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi penyebutan dan pendengaran atau sifatnya. Fonologi pula mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi  dalam sesuatu bahasa.

ALAT PERTUTURAN DAN FUNGSINYA 

Alat Pertuturan
1.
Bibir atas
11.
Tengah lidah
2.
Bibir bawah
12.
Belakang lidah
3.
Gigi atas
13.
Akar lidah
4.
Gigi bawah
14.
Epiglotis
5.
Gusi
15.
Pita suara
6.
Lelangit keras
16.
Rongga tekak
7.
Lelangit lembut
17.
Rongga Hidung
8.
Anak tekak
18.
Rongga mulut
9.
Hujung lidah
19.
Rahang
10.
Hadapan lidah
20.
Tenggorok

Wednesday, 7 December 2011

Perbezaan Pendidikan Pemulihan dan Pendidikan Imbuhan

Pendidikan pemulihan
Pendidikan imbuhan
1.    Rancangan pembelajaran disediakan untuk murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran, tanpa mengira golongan kaya atau miskin.
1.    Rancangan pembelajaran disediakan untuk murid-murid yang menghadapi masalah kekurangan kemudahan sosioekonomi.
2.    Rancangan pembelajaran ditumpukan khas kepada penguasaan kemahiran-kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.
2.    Rancangan  pembelajaran untuk semua pelajaran mengikut perkembangan kognitif murid-murid.
3.    Skop kajiannya banyak terbatas kepada pedagogi di dalam bilik darjah.
3.    Skop kajiannya meliputi pedagogi dalam bilik darjah serta sosioekonomi dan politik  di luar bilik darjah.
4.    Program ini hanya meliputi aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
4.    Selain aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, program ini juga meliputi program makanan, bantuan dari segi kemudahan dan kewangan.
5.    Bantuan diberikan kepada individu atau sekumpulan kecil murid sahaja di sekolah rendah dan sekolah menengah.
5. Bantuan diberikan kepada semua murid daripada golongan bawahan di peringkat prasekoalah, sekolah rendah serta ibu bapa mereka.
6.    Objektif ialah membetulkan kelemahan penguasaan kemahiran-kemahiran asas.
6. Objektif utama ialah merapatkan jurang dalam peluang pendidikan di antara golongan kaya dengan golongan miskin.

Tuesday, 6 December 2011

4. Ejaan

4.1. DEFINISI


Ejaan adalah proses memilih serta mengadunkan lambang-lambang untuk melahirkan perkataan secara lisan dan bertulis. Sebahagian daripada kanak-kanak mahir mengeja tanpa bantuan guru. Ini adalah kerana kemahiran itu boleh diperolehi melalui kemahiran membaca. Tetapi ada juga kanak-kanak yang boleh membaca tetapi lemah dalam ejaan.

4.2. PUNCA KANAK-KANAK LEMAH DALAM EJAAN

4.2.1. Lemah dalam ingatan penglihatan.

- Tidak dapat mengingat atau membayangkan bentuk sebenar sesuatu perkataan.
- Masalah penglihatan seperti rabun dan juling.

4.2.2. Lemah dari segi Analisis Pendengaran.

- Tidak dapat menentukan lambang yang mewakili bunyi.

- Tidak boleh mengecam (mendengar ) bunyi-bunyi yang terlibat di dalam perkataan.

- Tidak dapat memilih lambang-lambang secara rawak.

- Kemungkinan lemah dalam bacaan.

4.3. AKTIVITI-AKTIVITI KEMAHIRAN MENGEJA

- Membina perkataan berirama (sama di pangkal, tengah atau hujung) Contoh: la bu la ku la yu la ki dll.

- Mendiskriminasi perkataan.

- Melengkapkan atau menambah perkataan.

- Membina perkataan di dalam perkataan.

- Membina perkataan dari huruf-huruf dalam perkataan.

- Mengkelaskan perkataan mengikut jenis atau keluarga.

- Mencari perkataan berlawan, berganda dan jantina.

- Permainan teka teki.

- Permainan Silang kata.

3. Kemahiran Tulisan

 3.1. DEFINISI

 Tulisan ialah lambang-lambang bunyi bahasa yang telah dipindahkan dalam bentuk grafik bagi melahirkan perasaan, fikiran dan idea. Menulis adalah proses memindahkan lambang-lambang bunyi yang tersusun dan teradun bagi melahirkan bunyi-bunyi yang bermakna serta dijadikan alat komunikasi.

3.2. PERANAN TULISAN

Untuk mendirikan asas yang kukuh supaya seseorang kanak-kanak itu dapat melahirkan idea, fikiran serta perasaan dengan baik, pantas dan cekap.

Untuk membolehkan kanak-kanak menyusun huruf-huruf menjadi sukukata, perkataan dan ayat sebagai alat komunikasi dalam kelompok masyarakat.

Untuk membolehkan kanak-kanak berkemahiran dalam satu lagi komponen bahasa dan meluaskan pengetahuan, perhubungan serta matlamat hidup.

Untuk menyediakan, menyemai, mengasah serta mengukuhkan minat serta bakat kanak-kanak sebagai memenuhi kehendak masyarakat moden (kerana membaca, menulis dan mengira adalah sebahagian daripada asas utama keperluan hidup masa kini).

Untuk menghasilkan bentuk-bentuk penulisan kreatif seperti pantun, syair, sajak lain-lain bentuk puisi dan prosa yang dapat memberikan kepuasan jiwa dalam pemikiran, perasaan bukan sahaja diri kanak-kanak itu sendiri, bahkan juga seluruh insan umumnya.


3.3 PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN BAHASA

3.3.1 Pra Tulisan

Pra tulisan merupakan satu peringkat yang perlu dilalui oleh kanak-kanak bagi menyediakan diri ke arah melahirkan lambang-lambang bunyi khusus yang diterima oleh kelompok masyarakat. Pada peringkat awal kanak-kanak membuat contengan di atas permukaan benda-benda yang sedia ada dalam persekitaran mereka dengan menggunakan bahan-bahan yang boleh meninggalkan kesan ke atas permukaan benda tersebut.

Peringkat contengan ini perkembangan dari membuat contengan bebas hingga ke peringkat contengan terkawal. Peringkat pra tulisan ini adalah bagi kanak-kanak mendapatkan latihan otot, tangan,jari serta kordinasi mata tangan. Peringkat pra tulisan perlu menitikberatkan perkara-perkara berikut:

1. Melakukan latihan-latihan pergerakan tangan dan jari melalui aktiviti seperti menggunting, mengoyak, menganyam, menampal, menguli tepung dan lain-lain.

2. Menguasai gerak tangan bebas, cara memegang alat tulis, cara duduk dan sebagainya supaya boleh menulis dengan sempurna dan selesa.

3. Melakukan latihan-latihan pergerakan mata dari kiri ke kanan, dari atas ke bawah dan lain-lain.

4. Melakukan latihan-latihan keselarasan (koordinasi) mata dan tangan.

3.3.2 TULISAN MEKANIS

Setelah kanak-kanak melalui proses pra tulisan , sepatutnya mereka telah faham dan boleh memegang pensel serta cara duduk yang betul dan selesa . Tulisan mekanis merupakan peringkat kedua yang patut didedahkan kepada murid-murid. Sebagai permulaan untuk memberi kemahiran dalam penulisan mekanis murid-murid diminta. membentuk huruf-huruf pada permukaan kertas kosong tanpa garisan. Setelah kemajuannya didapati memuaskan barulah latihan membentuk huruf diberikan. Bermula
dengan ruang garisan yang lebar / luas membawa kepada lembaran bergaris kecil / sempit.

Latihan-latihan tulisan mekanis diharapkan murid-murid akan dapat :

- Kemahiran mengawal dan memegang pensel.
- Meneliti, mengenal, menyalin bentuk-bentuk huruf mengikut urutan.
- Mendapat kesedaran tentang perkaitan bunyi dengan tulisan.

3.3.3 TULISAN KREATIF

Peringkat ini merupakan peringkat tertinggi dalam proses menulis. Di peringkat ini kanak-kanak diharapkan dapat menggunakan kemahiran yang diperolehi di peringkat mekanis untuk menggunakan daya kreatif untuk :

- Membina ayat.
- Mengarang cerita.
- Mengarang pantun, sajak, teka-teki dll.
- Menulis surat kiriman.
- Lain-lain yang berkaitan.

3.4. MASALAH TULISAN DI KALANGAN KANAK-KANAK PEMULIHAN

- Perkataan ditulis terlalu rapat di antara satu dengan lain.
- Bentuk-bentuk huruf ditulis terlalu condong.
- Tiada keseragaman jarak di antara huruf dengan huruf atau di antara perkataan dengan perkataan
- Bentuk-bentuk huruf yang tidak jelas / tepat / betul.
- Menulis tanpa mengikut garisan-garisan yang ditentukan,
- Mencampur adukkan huruf besar dengan huruf kecil.
- Masalah pembalikan huruf atau perkataan.
- Huruf-huruf tidak ditulis mengikut posisi (kedudukan ) yang sepatutnya.
- Menulis dengan meninggalkan huruf, perkataan atau imbuhan.
- Menulis melampaui garisan ruang muka surat yang ditentukan.
- Menulis huruf-huruf di dalam perkataan secara bertindih.
- Mengulang garis-garis huruf yang ditulis.
- Menulis mengikut arah dari kanan ke kiri.
- Menulis huruf atau perkataan mengikut urutan yang salah.
- Menulis atau menyalin ayat tanpa mengikut tertib yang betul.


3.5. CARA-CARA MENGATASI MASALAH TULISAN
Memberi latihan dan pengukuhan yang secukupnya dalam peringkat-peringkat permulaan dan mendirikan asas.

Memberikan penerangan, tunjuk cara serta contoh-contoh yang jelas dan betul, sesuai dengan tahap keupayaan murid secara individu supaya dapat diikuti dengan mudah.

Guru adalah model atau contoh yang menjadi ikutan murid-murid. Tulisan dan cara-cara guru menulis contoh yang akan disalin oleh murid-murid hendaklah dibuat dengan teliti dan betul.

Kad-kad tulisan dan lembaran-lembaran kerja bertulis perlulah disediakan dengan sempurna.

Seberapa boleh banyakkan latihan dan berikan bantuan individu.

Pertimbangan harus dibuat bagi menentukan ketika sesuai seseorang kanak-kanak. Itu tidak digalakkan lagi untuk menggunakan getah pemadam.

2. Kemahiran Membaca

 2.1 DEFINISI MEMBACA

 Frak Smith (1971): Membaca adalah satu operasi psycholinousitic . Bacaan juga merupakan satu langkah lanjutan dalam perkembangan pembelajaran bahasa dan memproses perkembangan-perkembangan yang diterima.

Atan Long (1976): Membaca adalah proses kembalikan daripada proses menulis kepada proses mentafsirkan kembali lambang-lambang bertulis dan mendapatkan makna atau buah fikiran daripada bahan bertulis itu.

Abu Basar (1981): Membaca adalah gabungan proses menyuarakan lambang-lambang tulisan, mengamati serta memahamkan kandungannya.


KESIMPULANNYA:

Membaca adalah proses memindahkan lambang-lambang bertulis kepada suara, memahami makna-makna yang terkandung di dalamnya serta mengaitkan makna-makna tersebut dengan pengalaman sedia ada murid.

2.2 PROSES BACAAN

2.2.1. BACAAN SEBAGAI PROSES SENSORI (KEDERIAAN)
a. Penglihatan : Mengenal dan memahami lambang-lambang.
b. Pendengaran : Pendengaran yang jelas.

2.2.2. MEMBACA SEBAGAI PROSES PENGAMATAN (PERCEPTUAL)

a. Diskriminasi: Mengecam, mencari dan membezakan / mengasingkan.
b. Latar belakang : Mengenal objek / bentuk / corak yang bertindih.
c. Ingatan : Mengingat kembali apa yang dilihat / didengar.
d. Turutan : Memahami giliran, urutan dan sekuan.
e. Sintesis : Membuat kesimpulan

2.2.3. MEMBACA SEBAGAI PROSES BAHASA (LINGUISTIK)

a. Seni bahasa : Mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

2.2.4. MEMBACA SEBAGAI PROSES MENTAL (KOGNITIF)

a. Daya fikir disemua peringkat: Kefahaman.

2.3. KESEDIAAN MEMBACA

Kesediaan membaca adalah himpunan panduan kebolehan dan kemahiran-kemahiran
yang diperlukan untuk mempelajari satu proses yang komplek iaitu membaca. Ini adalah satu proses yang harus dicapai sebelum pengajaran bacaan secara formal dijalankan. Ia juga adalah satu proses yang berterusan yang perlu diperkembangkan dan bukan ditunggu-tunggu.

2.3.1. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KESEDIAAN MEMBACA

2.3.1.1.KEADAAN FIZIKAL
- Keadaan mata dan penglihatan yang sempurna dan matang.
- Keadaan telinga dan pendengaran yang sempurna dan baik.
- Keadaan alat-alat (organ) pertuturan yang tidak terganggu.
- Umur: Peringkat umur yang berbeza.
- Jantina: Kanak-kanak perempuan lebih dahulu mempunyai kesediaan membaca.
- Kemampuan urat saraf: Otot-otot tangan dan mata khususnya.
- Perkembangan fizikal dan kesihatan secara am.



2.3.1.2 PENGALAMAN DAN PERSEKITARAN
Keadaaan persekitaran yang dapat memberi pengalaman yang pelbagai.

2.3.1.3. EMOSI, MOTIVASI DAN SAHSIAH

- Keadaan rumah tangga dan cara asuhan mempengaruhi perkembangan dan gangguan emosi.
- Dorongan-dorongan yang mempengaruhi sikap suka membaca .
- Bentuk-bentuk sahsiah yang negatif : Nakal, murung, tidak suka bercakap dan lain-lain.

2.3.1.4 KECERDASAN DAN PERKEMBANGAN KOGNITIF:

- Manusia dilahirkan dengan kecerdasan dan daya kognitif yang berbeza.

2.3.1.5 DAYA DISKRIMINASI (PENGAMATAN)

- Diskriminasi Penglihatan.
- Diskriminasi Pendengaran.

2.3.1.6PENGUASAAN BAHASA

- Bahasa sebagai alat berfikir dan melahirkan kehendak, rasa dan cita rasa.


2.4 MASALAH-MASALAH DALAM BACAAN

2.4.1 BENTUK HURUF

- Huruf kecil yang seakan-akan bentuknya.
- Huruf terbalik.
- Bunyi huruf yang seakan-akan sama.
- Keliru nama-nama huruf yang seakan-akan sama bentuknya.
- Menyebut huruf-huruf mengikut telor bahasa ibunda.
- Keliru menamakan huruf besar dan huruf kecil kerana benuknya berubah.


2.4.2 PERINGKAT SUKU KATA

- Tidak boleh mengadun / membatang suku kata terbuka / tertutup.
- Keliru membunyikan suku kata yang melibatkan e taling dan e pepet.
- Tidak boleh membunyikan dengan betul setelah mengeja / membatang suku kata.
- Tidak boleh membunyikan dengan betul suku kata VK di awal perkataan.
- Salah memecah / membatang suku kata.
- Tidak boleh membatang perkataan yang mengandungi banyak suku kata.
- Keliru membatang perkataan yang mengandungi Diftong / Vokal Berganding.
- Tidak boleh membunyikan perkataan yang mengandungi Diagraf di awal.
- Tidak boleh membatang suku kata yang melibatkan imbuhan.

2.4.3 KESUKARAN DALAM PENGAMATAN

- Boleh mengeja tetapi tidak boleh membunyikan.
- Mengeja sebelum membaca.
- Boleh membatang suku kata tetapi gagal menyebut.
- Menggantikan bunyi suku kata dalam perkataan
- Menggugurkan bunyi-bunyi suku kata dalam perkataan.
- Salah menyebut perkataan yang seakan-akan rupanya.
- Keliru ejaan Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris.
- Salah menyebut / membunyikan perkataan yang seakan-akan sama.
- Menyebut perkataan mengikut loghat.

2.4.4 KESUKARAN MEMBACA PERINGKAT AYAT

- Menggantikan perkataan dengan perkataan lain.
- Tertinggal.
- Pembalikan perkataan.
- Mengulang.
- Merangkak-rangkak.
- Membaca mengikut loghat.

2.4.5 STRATEGI MEMBANTU KANAK-KANAK KE ARAH MEMBACA

- Mengenal pasti kanak-kanak.
- Mengenal pasti masalah kanak-kanak tersebut.
- Susun strategi pemulihan.
- Pelaksanaan.
- Penilaian